“Tidakkah
kamu melihat bahwasanya Allah menurunkan hujan dari langit lalu Kami
hasilkan dengan hujan itu buah-buahan yang beraneka macam jenisnya" -
Faathir:27
|
|
|
|
Kingdom:
|
|
(unranked):
|
|
(unranked):
|
|
(unranked):
|
|
Order:
|
|
Family:
|
|
Genus:
|
|
Species
|
|
|
|
|
Elutheria M.Roem.
Mahagoni Adans.
Roia Scop.
Suitenia Stokes, orth. var.[1]
|
Swietenia merupakan genus pokok dari keluarga chinaberry, Meliaceae.
Genus ini dinamakan sempena nama seorang doktor Austria - Belanda Gerard
van Swieten (1700-1772).
Genus ini telah diperkenalkan kepada beberapa buah negara Asia sebagai
gantian sumber kayu mahogany apabila ia telah dihadkan dinegara asalnya
pada penghujung 1990-an. Fiji dan India adalah pengeksport terbesar
perladangan mahoni.
Buah Swietenia macrophylla dipanggil sebagai "buah tunjuk langit",
kerana ia seolah-olah tergantung terbalek diatas pokok. Pati sari buah
tunjuk Langit dijual sebagai penawar semulajadi yang dikatakan dapat
meningkat peredaran darah dan kulit. Ia juga dikatakan mempunyai sifat
seperti Viagra mengenai disfungsi erektil. Penggunaan pekat buah langit
yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Buah Tunjuk Langit (Swietenia macrophylla.) juga dikenali sebagai
Sky-fruit atau Buah Mahagony merupakan sejenis tumbuhan herba yang
terdapat di Asia Tenggara.Swietenia macrophylla, Mahogani Daun Besar
atau Mahogani Honduras adalah tumbuhan liar yang berasal dari jenis
pokok Meliaceae (keluarga pokok Mahogani atau Mahoni). Pokok ini tumbuh
di kawasan hutan hujan tropika yang bersuhu kering dan lembap
terutamanya di Amerika Selatan, India Barat, Kepulauan Indonesia, Fiji,
Honduras, Kepulauan Solomon dan juga Malaysia. Ia digelar Raja Swietenia
atau Raja Mahogani oleh kerana mutu kayunya yang tinggi di pasaran
dunia sejak beratus tahun yang lalu. pokok tunjuk langit ni berbuah
setahun sekali sahaja.
Buahnya mempunyai nilai perubatan yang tinggi, disahkan melalui kajian
saintifik oleh ahli Biokimia Amerika, Dr Larry Brookes (1996).
Kebelakangan ini ia telah digunakan oleh pakar perubatan dan doktor
dalam bidang perubatan dan diiktiraf sebagai antara makanan kesihatan
terbaik. Buah tunjuk langit secara semulajadi, mengandungi nutrien yang
tinggi kerana akarnya mencecah 20 kaki ke dalam tanah, tidak mengandungi
kesan sampingan walaupun diambil dalam tempoh masa yang lama.
Pokok Tunjuk Langit mempunyai akar yang serumpun, berwarna merah dan
memiliki rasa lemak. Ia mudah tumbuh di kawasan lembah yang lembab dan
agak teduh. Kebiasannya herba ini boleh didapati berhampiran dengan
kampung dan kebun kecil getah di bahagian utara Semenanjung.Pokok
Tunjuk Langit digunakan sebagai ubat tradisi untuk membuat ubat periuk
bagi wanita selepas bersalin. Manakala pucuknya dijadikan sayur dan
kadang kala dimakan bersama sirih. Jauh daripada itu rizomnya pula
digunakan untuk merawat batuk, penyakit siplis, caranya dimakan bersama
sirih dan juga dijadikan tonik. Bagi batangnya yang tua pula boleh
digunakan untuk menganyam tikar.
Pada tahun 1996, sekumpulan pakar teknologi Bio-Kimia dari Amerika
Syarikat telah berjaya menperolehi suatu penemuan yang penting tentang
SKY FRUIT, iaitu ia mengandungi kandungan Flavonoids dan Saponins yang
tinggi.
Tumbuhan ini terkenal sebagai penawar sakit lemah syahwat iaitu dengan
cara meminum air rebusan keseluruhan tanaman tersebut. Dalam pembuatan
ubat-ubatan tradisional untuk penyakit batuk rejang, paku-pakis ini
sangat penting kerana rizomnya apabila ditumbuk sampai halus serta
dikunyah dengan buah pinang dan seterusnya dimakan dapat mengubat
penyakit tersebut. Akarnya pula boleh digunakan untuk mengubati penyakit
disentri iaitu dengan meminum air rebusan daripada akar tersebut yang
telah ditumbuk halus.
BAHAN AKTIF PENTING UNTUK KESIHATAN DALAM BIJI TUNJUK LANGIT
Tiga bahan aktif yang utama
1. FLAVONOIDS seperti yang terdapat dalam Gingko biloba dan tongkat ali.
Ia merangsang pembukaan pembuluh darah, membekalkan oksigen dan nutrisi
keseluruh badan, agen anti –pengoksidaan.
2. SAPONINS seperti yang terdapat ginseng Panax. Enzim yang bertindak
seperti sabun /pelincir yang mengurangkan lemak dan kolesterol pada
dinding salur darah.Ia menguatkan fungsi jantung dan sistem imuniti .
3. BITTER ALKOLOID rasa pahit adalah kerana kandungannya yg tinggi,
dapat merencatkan pertumbuhan virus dan bakteria. Ia membantu membina
sel darah putih dan menguatkan imuniti badan.
1.
- Flavonoids
Flavonoid
adalah kompaun phenolic yang terdiri daripada lima belas karbon yang
terdapat dalam tumbuh-tumbuhan tanah, termasuk bryophytes (hornworts,
liverworts, lumut) dan tumbuhan vaskular (paku-pakis, gymnosperms, dan
angiosperms). Terdapat lima jenis utama flavonoid:
i) anthocyanin,
ii)flavones,
iii) flavonols,
iv) isoflavonoids, dan
v) proanthocyanidins.
Flavonoid –falvonoid ini semua disintesiskan kedalam satu sitoplasma (cytoplasm) dan
kemudiannya dikumpul kesatu tumpukan (vacuoles) kecil yang dicantumkan
(fius) dengan tumpukan pusat dalam kedua-dua lapisan kulit (epidermis)
dan tisue luaran (korteks).
Fungsi
asal flavonoid dalam sel-sel tumbuhan adalah sebagai pertahanan,
memberikan perlindungan terhadap serangan serangga, kulat, dan virus dan
untuk dimakan oleh herbivor invertebrat dan vertebrat. Melalui evolusi
masa, fungsi tumbuhan menjadi pelbagai. Pigment /Warna (Anthocyanins) dalam
tisu bunga dan sayuran merangkumi pelbagai warna dari kuning hingga ke
biru. Ia yang ditemui didalam kelopak dan butiran debunga bunga menarik
serangga pendebunga dan burung yang melawat untuk mencari makanan.
Flavonoid didalam sel-sel kulit luaran (epidermal cells), seperti flavones dan flavonols yang jelas kelihatan tanpa berwarna, berkhidmat sebagai perisai ultraungu (ultraviolet shields) bagi
sel-sel asas. Asas utama rantai polymer flavonoids (Proanthocyanidins)
berkumpul dalam vacuoles sel-sel kortikal, kot benih dan tisu sekunder
seperti kulit kayu, di mana mereka membentuk campuran pigmen hitam
coklat kemerahan yang dipanggil tannin pekat dalam dinding.
Isoflavonoids dan flavones dirembeskan ke dalam lapisan tanah sekitar
dan berfungsi sebagai isyarat dalam interaksi antara akar tumbuhan dan
bakteria pengikat nitrogen untuk membentuk ketulan (nodules).
Semakin terkenal di kalangan para saintis dunia dengan keupayaannya
meninggikan dan neningkatkan taraf kesihatan manusia. Ia terdapat di
dalam pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan termasuk tumbuhan
herba yang dikenali ramai iaitu Ginkgo Biloba dan Eurycoma Longifolia
(Tongkat Ali). Bahan Flavonoids yang tinggi dalam buah Tunjuk Langit
mengandungi enzim semulajadi yang dapat merangsang pembukaan pembuluh
darah bagi melancarkan perjalanan darah ke seluruh badan serta
membekalkan nutrisi dan oksigen lalu bertindak sebagai enzim anti
pengoksidaan.
-Melancarkan pengaliran darah terutamanya mencegah saluran darah
daripada tersumbat-Mengurangkan kandungan tahap kolestrol serta
mengurangkan penimbunan lemak pada dinding saluran darah.
Keadaan isi buah tunjuk langit
-Mengurangkan kadar risiko penyakit koronari jantung.
- Tindakan anti-inflamasi yang berkesan, menggalakkan pertumbuhan anti inflamasi dalam system tubuh badan yang berkenaan.
-Membantu mengurangkan kesakitan, pendarahan, lebam dan juga mengurangkan kecederaan tisu baban.
-Bertindak sebagai anti pengoksidaan.-Mempunyai fungsi penyingkiran Radikal Bebas (Free Radical)
FUNGSI-FUNGSI UTAMA FLAVONOIDS DAN BIOFLAVONOIDS.
· Mengurangkan paras gula dalam darah dan
· menyeimbangkan kandungan gula dalam darah.
· Memperbaiki kelancaran peredaran darah.
· Menyingkirkan radikal bebas dalam tubuh badan.
· Memperbesarkan dan menguatkan keanjalan saluran darah.
· Mengurangkan kandungan kolesterol yang tidak baik LDL dalam darah.
· Bioflavonoid semulajadi ini mampu membesarkan saluran darah serta memperbaiki peredaran darah
· Bertindak sebagai anti pengoksida.
2. SAPONINS –
Enzim semulajadi seperti sabun atau pelincir yang membantu melicinkan
perjalanan darah keseluruh tubuh badan. Saponins di dalam buah Tunjuk
Langit dapat mengurangkan lemak dan kolesterol pada dinding saluran
darah bagi melancarkan perjalanan darah. Keadaan ini akan membantu
menguatkan fungsi jantung di mana meningkatkan sistem imuniti dan
pengurangan tahap pembekuan gula dalam darah. Kandungan Saponins yang
tinggi ini juga boleh didapati di dalam makanan herba yang disanjung
dunia iaitu herba Ginseng Panax.
-Menjadi agen penghalang penyakit barah dan mengurangkan lemak badan /
kolestrol.-Meningkatkan system imuniti dan mempertingkatkan kecergasan.
-Mengurangkan pembekuan darah dan tahap gula dalam darah.
-Menguatkan fungsi jantung dan melambatkan proses pembekuan darah. Di
samping itu, SKY FRUIT juga mengandungi pelbagai sumber semulajadi
seperti protiem, mineral, vitamin, enzim, karbohidrat, asid lemak perlu
dan beberapa zat-zat penting yang diperlukan oleh tubuh badan.
Keistimewaan SKY FRUIT adalah kandungan semula jadi yang diperolehi
mudah terhadam dan diserap oleh tubuh badan untuk mengekalkan kesihatan.
Fungsi-fungsi Utama Saponins
· .Mempertingkatkan daya imuniti tubuh badan.
· .Merangsangkan perembesan insulin dari pankreas.
· .Meningkatkan fungsi pembinaan darah.
· .Menangani kekejangan otot di dalam saluran pernafasan.
· .Melancarkan sistem saluran pernafasan.
· .Meningkatkan daya penghasilan sperma lelaki.
· .Memperbaiki sistem peredaran darah.
· .Menyah toksid dalam badan (Detoksifikasi)
· .Mengelakkan kemabukan dan keracunan.
· .Mententeramkan fikiran dan otak.
· .Menghilangkan kelesuan minda.
· .Melambatkan proses penuaan.
· .Memperbaiki isomnia.
· .Menguatkan hati.
BITTER ALKOLOIDS –
Adalah unsur organik yang mempunyai sifat perubatan semulajadi. Biji
Tunjuk Langit adalah pahit jika dimakan begitu saja. Rasa pahit adalah
disebabkan oleh kandungan bitter alkoloids yang tinggi di mana ini
membuatkan darah di dalam badan terasa pahit dan membantutkan
pertumbuhan pelbagai jenis virus dan bakteria yang menjadi penyebab
utama kepada pelbagai jenis penyakit. Ini akan membantu pembinaan secara
matang sel-sel darah putih di dalam tubuh manusia untuk mengukuhkan
sistem imunisasi tubuh badan bagi menghalang dari serangan
organisma-organisma yang tidak baik.
Faedah-faedah lain:
Menghilangkan sembelit / penghadaman,
Gastrik
Saraf
Mencegah ketumbuhan Tumor
Kecantikan kulit
Jerawat
Rheumatism
Lelah
Nyanyuk
Untuk Menempah Boleh Hubungi Terus Di talian ini : Encik Ramli - 0165886467
Cik Maimuna- 0143533759